Rabu, 01 April 2009

Tajug Suluk Syaikh Pulau Sembilan

TAJUG BANDAR BARU SYAIKH PULAU SEMBILAN






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillahi alla qalbi
Subhanallahi alla hayati
Walhamdillahi alla suluki

Pada 25 April 2009, Majlis Suluk Lailatul Ahad Halaqah-15 ismi Sakrullah di manzilah Bumi Rawa Gedhe Tambun Selatan, Bekasi, Al Dhaif berkesempatan membawakan Hizbul Bahr Thariqah As-Syadziliyah sebagai satu majmu doa dan zikir munajat yang disusun oleh seorang waliyullah,yakni Syaikhuna Imam Abul Hassan As-Syadzili.

Adapun imam yang diiktiraf sebagai pengasas Tarikat Syadziliah ini adalah seorang keturunan Ahlul Bait anak cucu Rasulullah SAW daripada jurai cucu sulung baginda iaitu Saidina Hassan. Sebenarnya gerak hati untuk meletakkan Hizib ini di blogspot telah muncul beberapa hari sebelum itu di Kluang. Tetapi saya belum terjumpa lagi bacaan keseluruhannya yang boleh diambil daripada Internet lalu dipaparkan.
Setahu saya, dalam banyak-banyak Tariqat, cuma Syadziliah sahaja yang memiliki rantaian wasilah keilmuan yang bersambung sehingga ke Saidina Hassan. Kebanyakan Tariqat disampaikan Rasulullah SAW melalui Saidina Ali lalu sampai kepada orang lain seperti Imam Jaa'far al-Sadiq, seorang keturunan Nabi melalui jurai Saidina Hussein sebelum turun ke bawah sedangkan Tariqat Naqshabandiah pula disampaikan melalui Saidina Abu Bakar, seterusnya Saidina Salman al-Farisi sebelum sampai kepada orang lain.

Di Bumi Melayu ini rasanya ramai pernah mendengar tentang sebuah kitab besar bernama Al-Hikam karangan Ibnu Athoilah As-Sekandari... Untuk pengetahuan, Ibnu Athoilah ialah anak murid kepada anak murid Imam Abul Hassan As-Syadzili. Makanya, dia adalah pengamal malah kalau tak salah ingatan, seorang khalifah Tariqat Syadziliah!
Oleh kerana Imam Al-Syadzili sendiri tidak mencatatkan amalan-amalan, zikir dan ajarannya dalam bentuk kitab, maka kitab Hikam dikira sebagai sebuah kitab yang paling menyeluruh dalam menyampaikan intipati ajarannya. Lalu kitab ini diterjemah dan dibahas dalam bahasa Melayu oleh seorang wali Allah yang terkenal dahulukala di Terengganu... Beliau ialah Tok Pulau Manis atau Sheikh Sharif Abdul Malik, guru dan bapa mertua kepada Sultan Zainal Abidin I yang memerintah penghujung Abad ke 17.
Adapun, Tok Pulau Manis diketahui sebagai seorang anak murid kepada wali besar Aceh, Sheikh Abdul Rauf as-Singkel, juga dikenali sebagai Syiah (Syeikh?) Kuala yang dimakamkan di Banda Aceh.

Lalu dalam sanadnya, Tok Pulau Manis lebih dikenali sebagai pembawa Tariqat Shattariyah yang diterima daripada Sheikh Abdul Rauf.
Selepas berguru di Aceh, Tok Pulau Manis telah melanjutkan pelajaran agama di Mekah. Di sanalah beliau menerima ijazah dan amalan Tariqat Shadziliah dan inilah yang ditekankan pada papan-tanda yang terdapat di makam beliau di Kampung Pulau Manis... Sesuai sangatlah itu, kerana mengikut kata waris-warisnya yang saya ditemui, beliau adalah berketurunan Saidina Hassan, melalui satu watak misteri bernama Sharif Muhammad al-Baghdadi yang dikatakan penulis Batu Bersurat Terengganu 700 tahun lalu...

Lagi satu... Sheikh Ahmad al-Idris yang mengasaskan Tariqat Ahmadiyah adalah pengikut Tariqat Shadziliyah... Sebelum beliau mendapat alamat untuk membawa amalannya yang tersendiri.

Di bawah, biar saya copy and paste sedikit maklumat tentang Hizib Al-Bahr, juga tentang Imam Abul Hassan As-Shadzili ya... Saya juga sempat mencari satu rakaman bacaan Hizib ini. Untuk mendengarnya sila klik http://juhah.wordpress.com/2007/10/01/recitation-of-hizb-al-bahr/...

Mursyid saya, Syaikhuna Mawlana Daliman Bin Al Arif Billah Syaikhuna Mawlana Faiman Bin Mawlana Abdullah Ali Musthafa As-Syadzili pernah memberikan wasilahnya kepada Al Dhaif ketika berada di Mandala By Pass Medan, Sumatera Utara, yakni :

"Sesiapa yang nak mengamalkan hizib ini, seeloknya carilah guru Tariqat yang boleh mengijazahkannya. Tetapi kalau tak jumpa juga atau ragu-ragu, maklumlah, zaman sekarang ni banyak guru yang mendakwa membawa Tariqat tetapi sebenarnya tunggang-terbalik, suka membuat macam-macam dakwaan lalu mempergunakan pengikut untuk kepentingan sendiri, maka saya atas nama dan sanad wasilah keluarga mempersilakan sesiapa sahaja yang mampu mengamalkannya dengan niat dan hati yang bersih.
Sila hadiahkan Al-Fatihah kepada Mursyid yang mulia dimula daripada Hadratus Syaikh Mawlana Abdul Malik atau Tok Pulau Manis, kemudain Musyarif Mawlana Muhammad Al-Baghdadi dan berpunca pada HadratusSyaikhuna Al Imam Abul Hassan As-Syadzili Radhiyallahu Anhu, berlanjut kepada sidrat Sayyidina Al Imam Hassan Mutsanna Radhiyallahu anhu, kemudian kepada Hadratus Sayyidina Al Imam Ali Murtadho Bin Abi Thalib Radhiyallahu anhu dan Hadratus Sayyidina Mawlana Musthafa Muhammad Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam dan seluruh Ahlul Bait diikuti para sahabat dan seluruh umat Islam.."

1. Asy Syekh Abil Hasan Ali Asy-Syadzily, bin
2. Abdullah, bin
3. Abdul Jabbar, bin
4. Tamim, bin
5. Hurmuz, bin
6. Khotim, bin
7. Qushoyyi, bin
8. Yusuf, bin
9. Yusa', bin
10. Wardi, bin
11. Abu Baththal, bin
12. Ali, bin
13. Ahmad, bin
14. Muhammad, bin
15. 'Isa, bin
16. Idris al Mutsanna, bin
17. Umar, bin
18. Idris, bin
19. Abdullah, bin
20. Hasan al Mutsanna, bin
21. Sayyidina Hasan, bin
22. Sayyidina Ali bin Abu Thalib wa Sayyidatina Fathimah az Zahro' binti
23. Sayyidina wa habibina wa syafi'ina Muhammadin rasulillaahi shollolloohu 'alaihi wa aalihi sallam.

Hizib Bahar dikarang di Tengah Laut MerahOrang pesantren mana yang tidak tahu Hizib Bahar. Hizib yang satu ini sangat masyhur. Ia sejajar dengan Hizib Nashr, Hizib Nawawi, Hizib Maghrabi, Suryani dan sederet nama-nama hizib lainnya.Konon, orang yang mengamalkan Hizib Bahar dengan kontinu, akan mendapat perlindungan dari segala bala. Bahkan, bila ada orang yang bermaksud jahat mau menyatroni rumahnya, ia akan melihat lautan air yang sangat luas. Si penyatron akan melakukan gerak renang layaknya orang yang akan menyelamatkan diri dari daya telan samudera. Bila di waktu malam, ia akan terus melakukan gerak renang sampai pagi tiba dan pemilik rumah menegurnya.Orang-orang yang tidak percaya dengan hal-hal supranatural, mungkin tidak akan percaya dengan hal itu.

Tapi, cerita mengenai keampuhan hizib yang dikarang oleh Syaikh Abu al-Hasan al-Syadzili ini betul-betul masyhur, termasuk cerita tentang lautan yang membentang di tengah-tengah orang yang bermaksud jahat.Syaikh al-Syadzili, pemilik hizib ini, terkenal sebagai pelopor tarekat al-Syadziliyah. Ia seorang sufi terkenal. Ia juga kesohor sebagai pemilik bacaan-bacaan hizib ampuh, seperti Hizib Nashr dan Hizib Bahar.Ada backgroung kisah yang amat menarik tentang asal muasal Bahar Syaikh al-Syadzili. Kisah itu ditulis oleh Haji Khalifah, pustakawan terkenal asal Konstantinopel (Istanbul Turki).

Konon, Hizib Bahar ditulis Syaikh Abu al-Hasan al-Syadzili di Laut Merah (Laut Qulzum). Di laut yang membelah Asia dan Afrika itu Syaikh al-Syadzili pernah berlayar menumpang perahu. Di tengah laut tidak angin bertiup, sehingga perahu tidak bisa berlayar selama beberapa hari. Dan, beberapa saat kemudian Syaikh al-Syadzili melihat Rasulullah. Beliau datang membawa kabar gembira. Lalu, menuntun Abu al-Hasan al-Syadzili melafadzkan doa-doa. Usai al-Syadzili membaca doa, angin bertiup dan kapal kembali berlayar.Doa-doa itu kemudian diabadikan oleh al-Syadzili dan diajarkan kepada murid-murid tarekatnya. Dan, kemudian diberi nama Hizb al-Bahr (doa/senjata laut).

Disebut Hizb al-Bahr karena doa-doa ini tersebut mempunyai ikatan historis yang sangat erat dengan laut. Juga, al-Syadizili membacanya dalam rangka berdoa agar selamat dalam perjalanan di Laut Merah. Jadi, Hizib Bahar betul-betul wirid yang punya kedekatan tersendiri dengan air, termasuk dalam berbagai cerita mengenai khasiat ampuhnya membuat penjahat terengah-engah di tengah samudera mahaluas.Dalam kitab Kasyf al-Zhunun `an Asami al-Kutub wa al-Funun, Haji Khalifah juga memuat berbagai jaminan yang diberikan al-Syadzili dengan Hizib Baharnya ini. Di antaranya, menurut Haji Khalifah, al-Syadzili perbah berkata: “Seandainya hizibku (Hizib Bahar, Red.) ini dibaca di Baghdad, niscaya daerah itu tidak akan jatuh. Mungkin yang dimaksud al-Syadzili dengan kejatuhan di situ adalah kejatuhan Baghdad ke tangan Tartar.

Bila Hizib Bahar dibaca di sebuah tempat, maka termpat itu akan terhindar dari malapetaka, ujar Syaikh Abu al-Hasan, seperti ditulis Haji Khalifah dalam Kasyf al-Zhunun.Haji Khalifah juga mengutip komentar ulama-ulama lain tentang Hizib Bahar ini. Ada yang mengatakan, bahwa orang yang istiqamah membaca Hizib Bahar, ia tidak mati terbakar atau tenggelam. Bila Hizib Bahar ditulis di pintu gerbang atau tembok rumah, maka akan terjaga dari maksud jelek orang dan seterusnya.Banyak komentar-komentar, baik dari Syaikh al-Syadzili maupun ulama lain tentang keampuhan Hizib Bahar yang ditulis Haji Khalifah dalam Kasyf al-Zhunun jilid 1 (pada entri kata Hizb). Selain itu, Haji Khalifah juga menyatakan bahwa Hizib Bahar telah disyarahi oleh banyak ulama, diantaranya Syaikh Abu Sulayman al-Syadzili, Syaikh Zarruq, dan Ibnu Sulthan al-Harawi.

@ Ismu Pagu Al Daly

2 komentar:

  1. tenggelamkan hatimu kepada yang haQ"
    seprti Setetes air yang jatuh kedalam samudera"

    BalasHapus
  2. Thanks to bro Bulan Bintang las art.. setetes air mata nikmatnya keimanan kepada Hadrat Allahu Al Haqq, serasa air seluruh samudera terhisap kedalam qalbu kerinduan para Mukmin kepada Rabbnya..

    BalasHapus